Assalamualaikum... Musim berkebun kembali..
Peringkat penghabisan, menyiapkan landskap taman & depan block.. semangat membara nih.. pening betul rasenyer… mase ni la WCT sport club nak wat tournament.. teringin nak join Bowling.. tapi ..sabtu & ahad pack sangat mase nyer nanti mane nak pg practice, mane nak touch up bunge.. So.. fiza, concentrate 1 jer.. ye… gardening la nampaknyer..huhu.. bowling … I see you about next year la gamak nyer. Taun ni jd pom-pom girl jela.. hik-hik.. girl la sangat…
So.. mane nak wat dulu.. pasu2 nak di cat or cendawan nak di touch up.. hehe.. jangan gabra.. kite wat gotong royong k.. ok.. mane ahli2 ? ok mana slogan kite? Ape yang penting? Kerjasama! (ulang 2 x, ikut macam wonderpet pnye lagu ek) hehe..
|
Proses penyediaan cendawan .. (yg dalam gambar tu bukan fiza ek.. hehe) |
Harap2 sangat dapat no.1 nih.. so u olls doa-doakan ek? Depan block ni fiza teringin sangat nak wat taman rose.. my favorite flower.. gitu.. sape setuju? Angkat tangan! Hehe…so skarang tengah berjinak2 jinak bela bunga nih.. .. Inilah kite..
sumer menda nak wat.. rase mcm xcukup mase.. baju firda nak jait manik ni.. huhu.. xper2 nnti kite wat jadual waktu..hehe..
Korang kenal x bunga petunia?
Susah x nak bela?.. fiza pon suke sangat dengan bunga nih, tapi dengarnyer bunga nih tahan panas tapi xbuleh kene ujan. Betul ker?..
Cantek sangat tengok tergantung2 kat nursery tuh.. Fiza da cube google, mmang banyak sangat yg kate bunga ni bole idup kejap jek..
|
Saratnyer bunge ni kan .. geram fiza... eeeii |
|
Cantek sgt kan bunge ni |
Ni info yang fiza dapat, tapi x pasti betul ke x :-
1) Cahaya
Petunia ialah pokok berbunga dan disebabkan itu pokok ini sangat memerlukan cahaya matahari penuh. Gantungkan petunia di kawasan yang menghadap cahaya matahari.
2) Siraman
Siram petunia satu hari sekali bagi mengelakkannya melepuh. Adalah dinasihatkan supaya menyiram petunia di waktu pagi kerana siraman pada waktu petang mendedahkan pokok kepada serangan kulat pada waktu malam. Terdapat juga nasihat pakar yang menggalakkan petunia ditanam dalam pasu plastik dari jenis self watering (boleh didapati di kebanyakan nursery).
3) Pembajaan
terdapat dua situasi bagi pembajaan petunia. Petunia yang masih berbunga boleh diberikan baja NPK 12-12-12 yang telah dicairkan atau menggunakan mana2 baja bunga siraman yang ada dipasaran. Bagi petunia yang mahu dialih pasu, saya mencadangkan agar tanah baru dicampurkan baja organik yang tinggi bagi membolehkan bunga petunia berbunga serentak.
4) Pemangkasan
Bagi menghasilkan petunia yang berjurai2, pangkas pucuk setiap 10cm kebawah. Ini menggalakkan petunia untuk bercambah kebawah.
5) Rawatan Harian
Bunga petunia yang layu hendaklah dibuang bagi mengelakkan ia daripada menghasilkan biji benih. Ini kerana petunia akan menjadi kurang berbunga. Selain itu bunga yang layu ini akan menutup permukaan daun yg ditimpa dan seterunya menyebabkan daun menjadi rosak dan merebak sehingga semua daun mati.
6) Hujan
Petunia tidak sukakan air hujan kerana bunga yang terkena air hujan akan rosak dan melepuhkan keseluruhan daun.